• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Vietnam Didakwa Rosakkan Unjam Tempatan

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap nelayan Vietnam yang didakwa memusnahkan unjam nelayan tempatan sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Lebih 200 nelayan pesisir pantai di Jeti Tanjong Kuala dekat Pantai Sabak, Pengkalan Chepa di sini mendakwa nelayan negara itu menggunakan bot Kelas C dan menceroboh masuk ke zon tangkapan nelayan pesisir menyebabkan unjam milik nelayan tempatan rosak.

Pengerusi Komuniti Nelayan Tanjong Kuala Mohd Faizal Rashid mendakwa pencerobohan tidak terkawal membolehkan nelayan asing itu mengaut seberapa banyak tangkapan di kawasan tersebut sehingga menjejaskan mata pencarian nelayan tempatan di kawasan itu.

“Sudah lama perkara ini berlarutan namun, ia semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini kerana nelayan asing semakin rakus menangkap ikan di kawasan nelayan pesisir pantai,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya semasa musim tengkujuh sekarang, nelayan pesisir pantai banyak bergantung kepada unjam yang kini musnah akibat kegiatan nelayan asing itu.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi berkenaan termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan, Polis Marin dan Jabatan Laut mengambil tindakan tegas berhubung isu itu.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi yang membuat lawatan ke Jeti Tanjong Kuala berkata isu itu akan dibincangkan dengan agensi terbabit bagi memastikan aktiviti pencerobohan itu ditangani segera. – BERNAMA

Tags: KelantanNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd