• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Hilang Ketika Tangkap Ikan Di Pulau Kukup

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang nelayan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di perairan Pulau Kukup dekat Pontian, petang semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Johor Bahru Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata Putra Aminurrashid Zaidi, 21, dilaporkan menangkap ikan bersama dua rakan lain sebelum dipercayai terjatuh akibat hilang keseimbangan kerana gelombang laut.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Bahru menggerakkan KM Nipah bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Putra Aminurrashid sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Haris Fadzillah berkata gerakan SAR turut disertai Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu nelayan tempatan. Beliau berkata pencarian ditumpukan di kawasan Putra Aminurrashid dipercayai hilang iaitu lebih kurang 0.2 batu nautika selatan Pulau Kukup.

Katanya operasi yang diteruskan hari ini akan diperluas sehingga 12 batu nautika sekiranya Putra Aminurrashid masih gagal ditemui.

“APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar memaklumkan APMM dengan segera. Orang ramai disaran menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Johor Bahru di talian 07-2199496 / 010-3211066 untuk sebarang aduan kesalahan atau jenayah di laut. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd