• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Lemak Kini Popular Di Korea Selatan

oleh AK-47
05/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA di Malaysia, nasi lemak antara menu wajib bagi rakyatnya untuk bersarapan sebelum memulakan hari mereka pada pagi hari.

Namun, kini, menu makanan popular tempatan tersebut sudah menjadi sebutan ramai pihak di Seoul, Korea Selatan.

Ia mendapat tempat di hati penduduk di sana apabila Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, seorang rakyat Malaysia telah menjual makanan tersebut.

Duzy mengambil keputusan untuk jual nasi lemak kerana kesukaran mendapatkan makanan halal di sana. Mulanya, Duzy hanya buat penghantaran kepada rakyat Malaysia yang menetap di sana sejak September lalu.

“Di Korea tidak banyak makanan tepi jalan yang halal. Saya terinspirasi dengan kebiasaan rakyat Malaysia yang makan nasi lemak untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam dan juga lewat malam.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk membuat servis penghantaran. Saya akan mengambil pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan KakaoTalk sehari sebelum penghantaran,” katanya dipetik NST Online.

Namun, makanan tersebut berjaya mendapat sambutan bukan sahaja daripada orang Korea, malah turut mendapat tempat di hati para pelancong asing.

Selepas dua bulan berkecimpung dengan bisnes tersebut, Duzy berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah kedai yang bernama Nasi Lemak Berlauk Panas.

Kedai tersebut telah dibuka di bumbung sebuah rumah tamu yang dimiliki oleh rakan kongsinya, Han Ji-Sung iaitu di Pop @ Itaewon Guesthouse yang terletak di Itaewon.

Menurut pemuda itu, dia menjual menu tersebut dengan harga bermula daripada 5,000 won (RM19).

Kini, kedainya semakin dikenali dan dikunjungi oleh pelancong dari Belanda, Jepun, Indonesia, China dan Perancis.

Tambahnya, rakyat di sana menyamakan nasi lemak dengan bibimbap (nasi yang dihidangkan bersama pes cili dan sayur). Jadi, mereka boleh menerima nasi lemak sebagai makanan harian di sana.

Anak kelahiran Penampang, Sabah ini turut menyatakan dia mendapat bekalan barangan untuk masakan nasi lemak itu di Pasar Noryangjin.

“Bahan-bahan ramuan seperti ikan bilis, cili kering dan makanan laut boleh didapati di Pasar Noryangjin.

“Bahan penting untuk membuat nasi lemak seperti belacan, asam jawa, santan dan daun pandan boleh dibeli di foreigners’ street, Itaewon,” tambahnya.

Dalam pada itu, Duzy mengakui dia harus berusaha agar mampu bergerak seiring dengan orang Korea dan Jepun di sana.

“Menetap dan menjalankan perniagaan di negara luar sangat mencabar. Orang Korea Selatan dan Jepun adalah orang yang paling kuat bekerja di dunia.

“Saya perlu bekerja keras untuk bersaing dengan mereka. Memang kadang-kadang agak tertekan, tapi ianya berbaloi,” katanya.

Selamat maju jaya kepada Duzy dalam mengembangkan perniagaannya. Semoga mampu memperkenalkan lagi jenama Malaysia di persada antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Korea Selatannasi lemak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

24/12/2025
0

Soalan ini nampak remeh, tetapi sebenarnya mencerminkan sikap kita sebagai pengguna. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, harga nasi...

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd