• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Zahid Ziarah Jenazah Anggota Parlimen Jelebu

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi jenazah Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, yang meninggal dunia kira-kira 7.30 malam ini.

Najib yang diiringi timbalannya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di kediaman allahyarham di Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail di sini, kira-kira 10 malam, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Khas bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di Menara Datuk Onn di sini.

Najib dan Ahmad Zahid turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Datin Ruziah Yaacob dan anaknya Muhammad Arif, serta membaca doa untuk Allahyarham.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.

Sementara itu, Muhammad Arif berkata allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir semasa koma setelah menjalani pembedahan ketumbuhan dalam otak.

“Ayah mula tidak stabil kira-kira 7 malam. Keadaan semakin teruk selepas itu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi semua anggota keluarga,” katanya kepada Bernama.

Beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang yang tegas namun amat mementingkan hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata bapanya menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam otak di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mei tahun lepas sebelum koma kira-kira dua bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang.

Jenazahnya akan dibawa pulang ke Jelebu malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petaseh Hilir, Jelebu sebelum Zohor esok.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO dan masyarakat Jelebu.

Pada pilihan raya umum lepas, Zainudin menewaskan Raj Munni Sabu daripada PAS dengan majoriti 7,101 undi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd