• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tidak Lagi Disaring Ikut Tahap Penguasaan

oleh
26/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kementerian Pendidikan hari ini mengarahkan amalan pengasingan kelas mengikut tahap kepandaian atau penguasaan akademik murid dihentikan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata kaedah pengasingan seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu harus dihentikan sepenuhnya bermula tahun 2019.

“Ujian berkaitan bukan dasar pendidikan, namun ia diambil oleh sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS), di mana menjadi petunjuk prestasi utama (KPI),” kata beliau memetik New Straits Times .

Beliau berkata lagi, amalan pengasingan tersebut bukanlah lagi satu keperluan penting justeru kementerian berharap bahawa murid-murid akan mendapat pendidikan yang holistik.

“Kami mahu murid diajar dengan lebih holistik dan tidak hanya tertumpu pada pencapaian pendidikan sahaja.

“Bagi kami, adalah lebih baik sekiranya murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dikelompokkan dalam kelas yang sama agar mereka dapat saling membantu,” katanya pada sidang media di Institut Aminuddin Baki di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau menyeru agar Jabatan Pelajaran Negeri juga harus menghentikan “sekolah kawalan”, di mana murid-murid disaring berdasarkan pencapaian sukan, akademik serta disiplin kerana amalan itu tidak selaras dengan dasar pendidikan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap pentadbir sekolah akan mengambil perhatian berhubung perkara ini sekaligus bekerjasama dengan kementerian dalam usaha menerapkan amalan yang seiring dengan dasar pendidikan negara. – MYNEWSHUB.CC/AM

Video sekadar hiasan….

Tags: KPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd