• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MSN Diarah Bantu 3 Sukan Digugur Dari Senarai Teras

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarahkan untuk membantu tiga sukan yang telah digugurkan daripada senarai sukan teras bagi membolehkan badan induk persatuan terlibat merangka program pembangunan yang lebih mantap di bawah kelolaan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah meminta Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil tiga sukan berkenaan iaitu angkat berat, taekwando dan sepak takraw dalam tempoh terdekat.

“Apabila sesuatu sukan itu digugurkan dari sukan teras, ia tidak bermakna sukan itu diabaikan.

“Oleh itu, kita telah minta MSN memikirkan apakah cara untuk kita menyelamatkan sukan tersebut dan pengguguran (tiga sukan) berkenaan atas beberapa faktor (seperti) prestasi yang tidak baik, kemelut dalaman (persatuan), masalah doping dan sebagainya,” jelas Khairy.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pengguguran tiga sukan berkenaan merupakan isyarat jelas kepada badan induk sukan berkenaan untuk memperbaiki segala kelemahan yang wujud bagi membolehkan ia disenaraikan kembali dalam sukan teras pada masa akan datang.

“Ada orang tanya kenapa hanya isyarat seperti ini (digugurkan dari sukan teras)…Kalau kita tidak hantar isyarat seperti ini, mereka (persatuan sukan terlibat) tidak akan sedar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Antarabangsa Piala SuperMokh, di sini, hari ini.

“Kalau saya tidak gugurkan sukan berkenaan daripada Sukma (Sukan Malaysia) yang jadi pertikaian hangat, kita akan dapat kecaman daripada ibu bapa,” jelas Khairy sambil mendakwa pembangunan yang tidak terurus turut menyumbang kepada faktor pengguguran tiga sukan berkenaan.

Sebelum ini, Khairy mengumumkan pengguguran tiga sukan berkenaan daripada senarai sukan teras selepas mengadakan perbincangan lanjut dengan MSN.

Keputusan tersebut menyaksikan ketiga-tiga sukan berkenaan tidak akan dipertandingkan pada Sukma 2018 di Perak.

Sebagai rekod, Program Sukan Teras bermula pada 2005 dengan tujuan menambah penyertaan atlet dalam lapan sukan yang disenaraikan ketika itu – olahraga, akuatik – renang dan terjun, boling, bola sepak, badminton, hoki, skuasy dan gimnastik.

Tiga tahun kemudian, MSN menambah 11 jenis sukan lagi – memanah, berbasikal, boling padang, karate, silat, menembak, sepak takraw, taekwondo, angkat berat serta wushu sekali gus menjadikan keseluruhan 19 sukan teras. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

28/07/2026
0

SEREMBAN - Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan pada tahun 2025...

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru  Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

03/07/2026
0

PONTIAN - Bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru pengundi Melayu hanya mengundi calon Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd