• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Terengganu Kekal 49 Orang Pagi Ini

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 49 orang daripada 12 keluarga yang kini berada di dua daerah iaitu Setiu dan Besut.

Mengikut laporan portal Info Banjir, di Setiu, hanya pusat pemindahan sementara (PPS) di surau Kampung Nyatoh masih beroperasi menempatkan 28 orang (enam keluarga) manakala di Besut, hanya 21 orang (enam keluarga) masih berada di Sekolah Kebangsaan Tembila.

Bagaimanapun, hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua sungai di Setiu merekodkan kenaikan melebihi paras bahaya.

Mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Chalok di Jambatan Chalok merekodkan bacaan 8.76 meter (m) melebihi paras bahaya 8.40m manakala Sungai Nerus di Kampung Langkap, merekodkan bacaan 21.52m melebihi paras bahaya 21.50m.

Dua sungai iaitu Sungai Besut di Kampung La pula merekodkan bacaan 20.9m melebihi paras amaran 20.8m dan Sungai Telemong di Kuala Ping dekat Hulu Terengganu merekodkan bacaan 19.56m melebihi paras amaran 19.30m. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd