• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat Kepada 14,237

oleh AK-47
02/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,237 orang pada 8 pagi ini berbanding 13,873 orang pada 9 malam tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,561 keluarga itu ditempatkan di 64 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Gua Musang merupakan jajahan terbaru dilanda musibah berkenaan apabila seramai 142 mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke dua PPS yang mula dibuka pada malam tadi.

Pasir Mas terus mencatatkan angka tertinggi dengan 10,646 mangsa daripada 4,482 keluarga yang dipindahkan ke 40 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,266 mangsa daripada 794 keluarga yang ditempatkan ke enam PPS.

Selain itu, seramai 828 mangsa daripada 247 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh, 214 mangsa daripada 63 keluarga dipindahkan ke empat PPS di Kota Bharu dan 141 mangsa daripada 43 keluarga masih berada di tiga PPS di Tanah Merah.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.29 meter pada 8 pagi ini berbanding 10.34 meter pada 8 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula kekal pada paras 3.71 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya ialah 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat tengah hari tadi manakala hujan kadangkala lebat dilaporkan berlaku di beberapa tempat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Catat Kejayaan Luar Biasa Menang Semua Kerusi Ditandingi

MIC Catat Kejayaan Luar Biasa Menang Semua Kerusi Ditandingi

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - MIC mencatat kejayaan luar biasa apabila menangi kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada...

Nurulhidayah Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor

Nurulhidayah Ucap Terima Kasih Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih kepada Bangsa Johor. Ucapan terima kasih tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd