• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tolak Baitulmaqdis Jadi Ibu Kota Israel

oleh
07/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel.

Pendirian tegas itu dizahirkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini sebentar tadi.

“Jadinya, minggu ini apabila kita dikejutkan dengan cadangan AS untuk mengiktiraf satu daripada tiga Tanah Suci umat Islam, yakni Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila.

“Saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak pimpinan parti, perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana saja anda berada, untuk bangun.

“Dan menzahirkan pendirian kita selantang-lantangnya, agar dunia dengar gema suara umat Islam Malaysia. Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila,” katanya.

Baca: Baitulmaqdis Ibu Kota Israel, Iktiraf Palestin Merdeka

Najib berkata, berkait soal itu juga, beliau bersependapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Malaysia perlu ‘buta warna’ dalam hal kemanusiaan.

“Sebab itulah, kita mempraktikkan amalan bermusyawarah dalam UMNO serta Barisan Nasional sebagai sebuah keluarga besar.

“Bagai dimadah Melayu lama, jika tidak sebanyak, sedikit pun jadilah jua. Satu perjuangan bukan saja dari suara umat Islam Malaysia, malahan suara kemanusiaan dunia yang diwakili kerajaan Malaysia pimpinan UMNO.

“Dengan parti PAS pula, pendirian kita amat jelas iaitu hubungan kita dengan mereka adalah terasas demi kepentingan ummah, sekali pun pandangan politik tetap berbeza,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Isu BaitulmaqdisPerhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd