• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Catat RASK Lebih Tinggi Suku Ketiga

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perolehan bagi tempat duduk kilometer (RASK) Malaysia Airlines naik dua peratus, tahun ke tahun, bagi suku ketiga tahun ini, berikutan perolehan penumpang yang lebih tinggi sebanyak 3.5 peratus dalam tempoh tersebut.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kapten Izham Ismail berkata walaupun syarikat penerbangan serantau menunjukkan trend penurunan hasil dan tekanan ke atas keseluruhan RASK, Malaysia Airlines bertentangan aliran dengan menunjukkan peningkatan dalam kedua-dua aspek tersebut.

“Walaupun tambang purata meningkat, faktor muatan tidak terjejas, kekal stabil pada 77.5 peratus.

“Mengenai masa depan, kami akan memperbaharui fokus kepada hasil dengan segmen pelanggan yang lebih jelas dan amalan pengurusan perolehan yang lebih baik,” katanya.

Syarikat penerbangan itu mencatatkan hasil penumpang yang tinggi sebanyak 22.6 sen pada suku tahun itu berbanding 21.4 sen pada suku kedua 2017.

Mengenai pengembangan rangkaian, Malaysia Airlines berkata dua laluan baharu diperkenalkan pada suku tahun itu, iaitu Chongqing dan Surabaya.

“Kami menantikan ketibaan enam pesawat A330 untuk memudahkan pelan pertumbuhan, meningkatkan pengalaman pelanggan dan menjana pendapatan yang lebih baik,” katanya.

Mengoptimumkan kos terus menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu terutamanya berdasarkan kesan ke atas pertukaran asing terhadap bajet.

Sehingga 30 Sept, Malaysia Airlines mencatatkan anggaran penjimatan kira-kira RM96 juta.

Bagi suku tahun itu, syarikat penerbangan tersebut mencatatkan Prestasi Mengikut Masa (OTP) yang rendah sebanyak 70 peratus, berbanding 73 peratus pada suku kedua, disebabkan kelewatan yang tinggi susulan pesawat tiba lewat, kelewatan disebabkan sekatan kawalan trafik udara terutamanya di China dan kekangan pesawat. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd