• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

oleh Mynewshub
25/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati, Nurul Aliah Natasha pada Isnin.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh meriah di Johor dengan dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Berita perkahwinan pemain sayap skuad kebangsaan berusia 24 tahun itu turut menjadi perhatian warga maya selepas beberapa foto dan video sekitar majlis berkenaan tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Arif Aiman dan isterinya tampil sedondon mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan seri pasangan pengantin baharu itu.

Sebelum ini, berita mengenai majlis perkahwinan bintang sensasi JDT itu mula hangat diperkatakan peminat bola sepak tempatan selepas sekeping kad jemputan dipercayai miliknya tular di media sosial sejak malam Ahad.

Perkahwinan Arif Aiman nyata menggembirakan penyokong Harimau Selatan dan peminat bola sepak negara yang membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Arif Aiman baru sahaja membuat penampilan semula bersama JDT ketika membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 2025/2026 malam kelmarin selepas beberapa bulan berehat akibat kecederaan. – MYNEWSHUB

Tags: Arif Aiman HanapiNurul Aliah Natashapemain JDTperkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

Pemain JDT Jairo Sudah Dibenarkan Keluar Hospital, Jalani X-Ray Imbasan CT

Pemain JDT Jairo Sudah Dibenarkan Keluar Hospital, Jalani X-Ray Imbasan CT

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo Da Silva terpaksa menerima beberapa jahitan pada bahagian bibir selepas terkoyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd