• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Perlu Bayar Levi Pekerja Asing Mulai Januari

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bermula 1 Jan ini, majikan di seluruh Malaysia wajib membayar levi pekerja asing mereka.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya hari ini berkata semua majikan mesti menanggung pembayaran levi pekerja asing baharu dan pekerja asing yang telah memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Ketetapan dasar ini terpakai kepada majikan yang telah mendahulukan pembayaran levi pekerja asing sebelum ia dikuatkuasakan walaupun tempoh PLKS masih aktif dari tahun ini dan tamat tempoh pada 2018.

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas majikan yang gagal mematuhi undang-undang, peraturan dan dasar yang ditetapkan berhubung pembayaran levi pekerja asing,” kata kementerian itu.

Ketetapan pembayaran levi oleh majikan adalah termaktub dalam dokumen Aku Janji Majikan yang perlu ditandatangani majikan sebelum dibenarkan menggaji pekerja asing.

Kadar pembayaran levi pekerja asing di Semenanjung Malaysia bagi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM1,850, perladangan dan pertanian (RM640) dan pembantu rumah adalah antara RM410 hingga RM590 (mengikut bilangan).

Di Sabah dan Sarawak, kadar pembayaran levi pekerja asing bagi sektor perkilangan dan pembinaan ialah RM1,010, perkhidmatan (RM1,490), perladangan (RM590), pertanian (RM410), dan pembantu rumah adalah antara RM410 hingga RM590.

Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 menggariskan inisiatif bagi menambah baik sistem pengurusan pekerja asing di Malaysia termsuk dengan mengehadkan penggajian pekerja asing pada kadar 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang 2020.

Selain itu, mengawal selia kemasukan pekerja asing berkemahiran rendah melalui penambahbaikan sistem levi pekerja asing.

Dalam usaha mencapai inisiatif tersebut, Jemaah Menteri pada 25 Mac 2016 bersetuju supaya bayaran levi pekerja asing ditanggung oleh majikan berkuat kuasa 1 Jan 2018.

Namun, setelah menerima pandangan dan maklum balas daripada pertubuhan majikan dan mengambil kira kos menjalankan perniagaan, tempoh penyesuaian industri dan pengurusan sumber manusia syarikat, kerajaan memutuskan supaya majikan di seluruh Malaysia membayar levi pekerja asing bermula Januari ini. – BERNAMA

Tags: pekerja asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Terlampau Besar, Zizie Izzete Perlu Bersalin Awal

Next Post

Ayuh Rakyat Malaysia, Jom Bantu Tok Manaf!

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

08/01/2025
0

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan berjadual secara haram, dibongkar dalam serbuan pihak...

Next Post

Ayuh Rakyat Malaysia, Jom Bantu Tok Manaf!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd