• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Main Bola Tak Pakai Tudung: Wanita Iran Mohon Suaka

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita Iran mengemukakan permohonan suaka politik di Switzerland kerana bimbang dipenjarakan selepas bermain bola bersama lelaki tanpa memakai tudung malah berseluar pendek.

Shiva Amini, 28, ketika itu sedang bercuti di Switzerland pada bulan Mac lalu apabila Persatuan Sukan Iran melihat gambar pemain bola sepak tempatan tersebut bermain permainan berkenaan.

Susulan itu dia telah digugurkan daripada pasukan kebangsaan dan diharamkan daripada bermain atau menjadi jurulatih di seluruh Iran.

Pemakaian tudung adalah mandatori di republik Islam Syiah berkenaan sejak 1979 lagi.

Amini yang kini tinggal di Switzerland, bimbang akan ditangkap jika balik ke Iran dan dia juga merasakan hidupnya tidak selamat di sana.

“Saya tak boleh balik ke Iran. Saya akan ditangkap di lapangan terbang dan akan dipenjarakan,” katanya yang kini menetap di sebuah pusat suaka di Switzerland.

Dia memberitahu pihak berkuasa juga cuba mengesan kedudukannya dengan menyoal keluarganya di Iran.

Jelasnya, masalah itu bermula apabila dia memuatnaik gambar perlawanan bola itu di media sosial.

Amini kini bimbang menjadi sasaran dan enggan merisikokan dirinya. – Mynewshub.cc

Tags: Iransuaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia menghadiri upacara pengebumian bekas pemimpin...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd