• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Perbalahan SUPP, UPP Diselesai Sebelum PRU14

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan parti serpihannya Parti Rakyat Bersatu (UPP) diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) beliau percaya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai formula untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya minta selesaikan soal ini. Saya percaya Abang Johari ada formula macam mana nak selesaikan sebelum PRU14 untuk SUPP kembali sebagai barisan yang kukuh sebagai SUPP yang satu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP ke-24 di Kuching pagi ini. Turut hadir Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak dan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.

Terdahulu Dr Sim dalam ucapannya berkata perwakilan bersetuju dengan resolusi untuk ‘tolak calon langsung BN’ pada PRU14 nanti.

Dalam ucapannya di hadapan perwakilan yang hadir, Najib berkata beliau mahu SUPP kembali menjadi sebuah parti pilihan di Sarawak.

Katanya berbanding pada persidangan tiga tahun lalu, kali ini beliau dapat merasakan SUPP sudah memiliki ‘perpaduan yang semakin utuh”.

“Saya berasa amat senang hati hari ini, pertama kerana hampir semua perwakilan yang hadir memakai baju warna kuning tanda perpaduan dan pembaharuan kukuh SUPP.

“Saya mahu SUPP menjadi parti pilihan rakyat Sarawak sama seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta lain-lain parti berasal dari negeri ini,” katanya.

Najib turut menggarisan tiga perkara yang boleh menjadi kekuatan SUPP.

“Tiga perkara ialah mempunyai perancangan, perancangan itu mampu dilaksanakan dengan baik dan juga perpaduan serta kesepaduan,” katanya.

Sementara itu, perdana menteri turut mengumumkan sumbangan 50 peratus dana untuk tabung pembiayaan mikro yang akan dikendalikan SUPP.

“Saya beri 50 peratus jumlahnya, berapa itu kita runding kemudian, 50 peratus lagi akan diberikan oleh kerajaan negeri.

“Berkenaan permintaan Dr Sim dalam ucapan tadi supaya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bako, Kuching dipindahkan, saya luluskan juga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakNaj
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd