Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kapal Ketiga Sertai Pencarian...

KUALA LUMPUR - Sebuah lagi kapal menyertai misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370...

Tidak Ramai Pelabur Asing...

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membidas dakwaan RSN Rayer (PH-Jelutong) bahawa keengganan...

Hospital Medan Cox’s Bazar...

SEPANG - Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh bagi misi bantuan kemanusiaan...

Kylie Jenner Akui Lebih...

SEMESTINYA sukar untuk seorang anak melihat transformasi luar biasa yang dilakukan ayahnya apabila...

Mahu Jaga Batas, Izzue Tetap Tolak Babak Bersentuhan

MENJADI pelakon tak semestinya perlu bersentuhan dengan pelakon berlainan jantina untuk menjiwai sesebuah watak.

Oleh itu, sebagai suami Izzue Islam tidak akan menerima tawaran berlakon yang memerlukan dia bersentuhan dengan pelakon wanita.

Empat tahun lalu, pelakon kelahiran negeri Kelantan itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sama sekali tidak akan bersentuhan dengan pelakon gandingannya.

“Sejak mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita, rezeki saya tetap terbuka luas. Alhamdulillah, penerbit dan pengarah sudah sedia maklum dengan syarat yang saya tetapkan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Izzue telah mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin yang juga merupakan pengurus peribadinya pada 2 Jun 2013 yang lalu.

Dalam masa sama, prinsipnya itu bertujuan untuk mengelak daripada timbulnya fitnah yang mungkin akan menggugat kebahagiaan mereka.

“Mereka menghormati pendirian saya, malah sentiasa berbincang untuk mencari pendekatan terbaik jika terpaksa melakonkan babak romantik. Setiap pelakon mempunyai prinsip tersendiri dan ini cara saya untuk tidak mensia-siakan kepercayaan isteri, keluarga serta peminat,” tambah penyanyi dan pelakon berusia 27 tahun itu.

Selain itu, Izzue juga memberitahu bahawa dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran bagi filem XXRay 3 arahan Aziz M Osman yang turut dijalankan di Jordan.

Tambahnya lagi, filem terbitan produksi Simpang 3 Production itu telah membawa kelainan yang mana dia perlu mempelajari seni mempertahankan diri serta menguasai teknik perlumbaan kereta.


“Saya bertuah apabila terus mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah untuk membawakan pelbagai karakter. Mungkin ada yang menganggap wajah saya terlalu jambu, tetapi saya pernah diberikan watak antagonis.

“Cuma ada peminat tidak suka jika saya bawa watak gelap. Bagi saya, jika peminat membenci, itu bermakna lakonan saya menjadi. Sebagai pelakon, saya perlu membuktikan mampu membawa pelbagai watak dan tidak hanya terikat dengan karakter tertentu,” tambahnya lagi.

Walaupun sudah bergelar pelakon, namun Izzue masih lagi bergiat aktif dalam nyanyian dan tak lama lagi dia bakal keluar dengan single terbaharu yang diberi tajuk Solo.

Sebelum ini, Izzue sudah tambil dengan dua single solo iaitu Sahabat dan Bimbang.

Bagus juga sebenarnya apa yang Izzue buat ni. Dalam lakonan pun sebenarnya kena letakkan batas juga. Lagi-lagi dia kini sudah bergelar suami.

Ramai lagi sebenarnya pelakon lelaki dan perempuan yang menetapkan syarat seperti ini. Tak semestinya kalau berlakon jadi suami isteri atau pasangan kekasih kena berpegangan tangan kan. –MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori