Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

14 Terbunuh Penunjuk Perasaan...

ANKARA - Agensi berita Turki melaporkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan...

Martial Kembali Ke Padang...

ANTHONY Martial kembali ke padang menjalani latihan pra musim bersama Manchester United. Sebelum ini,...

FAMA Giat Laksana Program...

KUALA LUMPUR - Program Stok Bekalan Makanan yang dijalankan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian...

Mirip CR7, Pelayan Tendang...

DEMAM Euro 2016 melanda negara-negara Eropah. Tidak terkecuali, Sepanyol yang jadi juara bertahan...

Maahad Ad Dini, Sekolah Zakat Pertama Kedah

ALOR SETAR – Seramai 62 pelajar Tingkatan Satu bakal memulakan sesi pengajian di sekolah zakat pertama di Kedah di Maahad Ad Dini Sultan Abdul Halim yang dibiayai penuh oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata pelajar sekolah itu terdiri daripada keluarga asnaf miskin dari seluruh Kedah dan dipilih melalui sesi temuduga yang dijalankan pada awal Disember.

“Semua kos perbelanjaan termasuk yuran sekolah dan makan akan dibiayai penuh oleh LZNK. Tetapi buat sementara waktu, pelajar ini akan memulakan pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Mergong hingga Mei ini.

“Bangunan dan kelengkapan pembelajaran sudah siap tetapi bekalan elektrik masih belum selesai dibekalkan, namun kita jangka ia akan selesai dalam masa terdekat dan pelajar akan memulakan pengajian di Maahad Ad Dini pada Jun depan,” katanya selepas pendaftaran pelajar baharu maahad tersebut di KUIN, di sini hari ini.

Katanya seramai 20 tenaga pengajar telah dilantik LZNK dan sukatan pelajarannya sama seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama lain.

Sementara itu, Syeikh Zakaria berkata seramai 180 pelajar asal maahad yang akan memasuki Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima tahun hadapan yang turut dibiayai LZNK akan turut ditempatkan di KUIN hingga sekolah tersebut siap.

“Sebelum ini maahad ini beroperasi di Maktab Mahmood yang diselia oleh Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, jadi pada 2018 kita mengambil alih maahad ini termasuk menambah pengambilan pelajar baharu.

“Bagi 2018, sebanyak RM38.7 juta telah diperuntukkan oleh LZNK untuk pembangunan pendidikan pelajar asnaf miskin di Kedah,” katanya.


Sementara itu, Azlina Hussin, 39, berkata dia gembira apabila anaknya dipilih untuk belajar di sekolah itu kerana memang bercadang untuk menghantar anak keempat daripada enam beradik itu belajar di sekolah agama.

“Saya berharap anak saya, Umi Najihah, 13, akan belajar bersungguh-sungguh dan memanfaatkan peluang yang diperoleh ini sebaik mungkin memandangkan semua pembiayaan pembelajaran telah ditanggung oleh lembaga zakat,” katanya.

Ahmad Badri Hassan, 58, berkata dia tidak sangka anak bongsunya, Adinin Muhaidi, 13, daripada enam beradik itu terpilih untuk mengikuti pengajian di sekolah berkenaan.

“Saya bersyukur anak saya dipilih untuk belajar di maahad itu kerana ia dapat membantu meringankan beban keluarga memandangkan saya hanya seorang pesawah dan empat anak lagi masih bersekolah,” katanya. – BERNAMA

Kategori