• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPNM Anjur Fiesta Nanas 60 Pada 14-17 Disember Ini

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) akan menganjurkan Fiesta Nanas 60 di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian, dekat Pontian, dari 14 hingga 17 Disember ini.

Pengerusi LPNM, Datuk Samsolbari Jamali berkata fiesta tersebut merupakan kali pertama dianjurkan dan merupakan acara kemuncak bersempena sambutan enam dekad LPNM menerajui industri nanas Malaysia, di samping meraikan usaha kesemua pemain industri nanas merangkumi pengusaha, pengilang, usahawan serta pihak terlibat membangunkan industri ini.

“Program ini amat bermakna bagi LPNM kerana ia akan memaparkan kepada umum tentang peranan LPNM menerajui industri nanas negara dan atas kerjasama pelbagai pihak juga, permintaan nanas semakin meningkat sehingga nanas kini diiktiraf sebagai sumber kekayaan baru,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, fiesta tersebut menawarkan pelbagai aktiviti seperti seminar, pelancaran sistem e-pineapple, konsert artis tempatan dan pelbagai pertandingan seperti memancing serta mewarna.

Fiesta empat hari itu dijangka dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan sasaran kehadiran seramai 30,000 pengunjung.

Dalam pada itu, berikutan permintaan yang semakin meningkat baik di dalam mahupun di luar negara, Samsolbari menyarankan kepada mereka yang terlibat dalam industri nanas supaya meningkatkan hasil tanaman dan menjaga kualiti produk yang dihasilkan.

Beliau berkata LPNM menjangkakan nilai keseluruhan eksport nanas menjelang 2020 adalah sebanyak RM320 juta berikutan kejayaan mengeksport nanas ke China mulai Oktober lepas, yang menyaksikan sebanyak 150 tan metrik nanas diekport dalam tempoh dua bulan itu.

Hingga kini, eksport nanas ke luar negara paling tinggi adalah ke Singapura iaitu sebanyak 33,529 metrik tan setahun, katanya. – BERNAMA

Tags: Nenas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Saran Rakyat Tanam Nanas Di Kawasan Rumah, Jadi Duit Belanja Dapur

Mat Sabu Saran Rakyat Tanam Nanas Di Kawasan Rumah, Jadi Duit Belanja Dapur

19/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ada tanah kosong di sekeliling rumah tapi tak tahu nak buat apa? Jangan biar terbuang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd