• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Pengampunan Serius Teliti Kes Dadah

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Pengampunan Negeri Selangor akan meneliti dengan serius dan ketat bagi setiap kes pengampunan membabitkan dadah berdasarkan ketetapan hukuman yang telah diputuskan mahkamah.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) merangkap Setiausaha lembaga berkenaan Datuk Mazalan Md Noor berkata pihaknya tidak memberikan pengampunan dengan mudah dan sewenang-wenangnya berikutan ancaman dadah terhadap keselamatan negara dan kesan gejala penyalahgunaannya kepada rakyat.

“Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati sejak kebelakangan ini terdapat banyak bilangan kes pengampunan yang melibatkan pengedaran dadah jenis sintetik, yang merupakan dadah campuran dengan bahan-bahan kimia berbahaya terutama sekali dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Lembaga itu juga memandang berat aktiviti penyeludupan dadah sintetik yang meningkat di pintu-pintu masuk melalui lapangan terbang di Selangor terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Selain itu, lembaga berkenaan turut bimbang dengan penyeludupan dadah sintetik oleh individu tempatan dan warganegara asing menerusi pelbagai teknik yang memperdaya agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia yang ditempatkan di semua lapangan terbang dalam Selangor.

“Lembaga amat risau dengan trend peningkatan kes-kes pengedaran dadah jenis sintetik kerana jika kemasukan dadah jenis ini berjaya melepasi kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk di semua lapangan terbang dalam Selangor, ia akan mendatangkan kesan yang dahsyat kepada rakyat Selangor secara amnya serta individu yang mengambil dadah tersebut khususnya,” katanya.

Mazalan berkata pengambilan dadah sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal seperti halusinasi atau delusi melampau, boleh menyebabkan kerosakan saraf dan otak selain menyebabkan kesan-kesan kesihatan lain seperti penurunan berat badan mendadak serta boleh menyebabkan kematian.

Selain itu, katanya, keamanan dan ketenteraman awam turut tergugat dengan pertambahan kesalahan jenayah melibatkan pembunuhan, merompak, mencuri dan gejala sosial lain susulan penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.

“Sehubungan itu, Lembaga memberikan peringatan tegas kepada semua lapisan masyarakat dan warganegara asing yang berada dalam Selangor supaya tidak sesekali terjebak dengan aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan najis dadah serta kesalahan-kesalahan lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd