• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lancarkan Bayaran Balik Sebelum Perluas PTPTN

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memastikan proses bayaran balik pinjaman berjalan lancar sebelum boleh diperluaskan kepada pelajar luar negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata sekalipun kutipan menunjukkan peningkatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, perkara itu masih boleh ditambah baik.

“Kutipan boleh dibaiki lagi. Dua tahun lepas kutipan bayaran adalah RM2 bilion, tahun lalu RM3.4 bilion dan kita jangka tahun ini kutipan lebih RM4 bilion. Angka ini boleh diperbaiki lagi, bermakna rakyat Malaysia faham dan mula bayar semula,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis menandatangani sijil kolaborasi di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan MMC Corporation Berhad di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini.

Mengulas lanjut, Idris berkata untuk membolehkan PTPTN diperluas kepada pelajar negara, Akta PTPTN perlu dipinda memandangkan ia ditubuhkan hanya untuk mengurus pinjaman pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman bagi pengajian dalam negara.

“Kena pergi Parlimen kalau hendak bawa (pinda) tetapi kita lupa PTPTN sebelum ini ada masalah kewangan dua tahun dulu, jadi, bayar dahulu (pinjaman) jangan cepat hendak suruh… (diperluas kepada pelajar luar negara),” katanya.

Pada 6 Dis lepas, Puteri UMNO dilaporkan mahu pembiayaan pendidikan PTPTN diperluas kepada pelajar Malaysia di luar negara bagi membantu meringankan kos hidup pelajar terbabit.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata PTPTN boleh berperanan sebagai alternatif buat pelajar negara di seberang laut yang kini bergantung kepada pinjaman dan biasiswa daripada entiti seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd