• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Anggota Two Brothers Diburu Polis

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina sedang memburu seorang lagi anggota kumpulan Remy atau dikenali sebagai Two Brothers iaitu kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang aktif melakukan jenayah rentas sempadan di perairan negara, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata kumpulan Two Brothers yang dianggotai 11 individu, bergiat aktif dan banyak melakukan jenayah rentas sempadan di perairan negara pada 2014 hingga penghujung 2015.

“Empat anggota kumpulan berkenaan telah berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina, manakala seorang lagi ditembak mati oleh pasukan keselamatan negera di perairan Silam, Lahad Datu, semalam.

“Lima lagi anggota kumpulan itu berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan Filipina dan seorang lagi masih bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Inisiatif “Have Ex-Policeman Serve As Neighborhood Safety Leaders” di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata maklumat yang diterima mengatakan suspek yang sedang diburu itu kini berada di selatan Filipina dan sering kali berlegar memasuki perairan negara.

“Kamipercaya suspek berkenaan telah bergabung dengan kumpulan KFR yang lain dan menyamar sebagai nelayan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Ramli berkata inisiatif yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan menjadikan pesara-pesara polis sebagai “mata dan telinga pihak polis” di kawasan kediaman mereka untuk membantu pihak polis dan masyarakat mengekang serta mencegah jenayah.

“Kami menyarankan agar pesara polis mendaftar sebagai Ahli Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memudahkan mereka menyalurkan maklumat dengan pantas dengan cara memasukkan maklumat, gambar,video dan lokasi kejadian kepada pihak polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: penculikanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd