Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Impian Bergelar Doktor Falsafah...

JOHOR BAHRU: Selepas enam tahun berusaha, impian seorang warga emas untuk bergelar doktor...

Polis Perlu Siasat Dahulu...

KUALA LUMPUR – Polis perlu menyiasat akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani Azilah Hadri...

Ziyad Tambah Tetamu Majlis...

SEMUA maklum bahawa salah seorang pemenang pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio, Muhammad...

Lawak Ke Der 2016...

JENAMA Lawak Ke Der yang merupakan cetusan idea selebriti Datuk Hans Isaac tidak...

MB Terengganu Bentang Bajet Defisit 2018

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu hari ini membentangkan Bajet 2018 dianggarkan sebanyak RM1.996 bilion dengan defisit sebanyak 10 peratus iaitu RM181 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang membentangkan bajet berkenaan berkata defisit 10 peratus itu adalah daripada jumlah anggaran hasil sebanyak RM1.815 bilion.

“Kerajaan negeri mencadangkan peruntukan RM1.996 bilion bagi perbelanjaan mengurus, manakala peruntukan pembangunan adalah sebanyak RM823.43 juta dan kumpulan wang bekalan air sebanyak RM3.77 juta.

“Di bawah perbelanjaan mengurus, sebanyak RM94.6 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM1.901 bilion adalah untuk Perbelanjaan Bekalan,” katanya semasa membentangkan Bajet Terengganu 2018 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 13 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan di bawah Perbelanjaan Bekalan, peruntukan sebanyak RM286.65 juta adalah untuk Emolumen, RM202.34 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan dan RM23.72 juta untuk aset.


“Manakala RM1.387 bilion diperuntukkan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM550 juta dan RM1.16 juta untuk lain-lain perbelanjaan,” katanya.

Ahmad Razif berkata di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sebanyak RM230 juta adalah bagi pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, RM149.6 juta bagi pemberian kepada pelbagai agensi dan kumpulan wang, dan RM29.97 juta bagi pemberian kepada pejabat-pejabat daerah.

“Selain itu, RM57.22 juta adalah peruntukan bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM353.18 juta bagi program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32 – pelbagai perkhidmatan dan lain-lain sebanyak RM17.56 juta,” katanya. – BERNAMA

Kategori