• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh & Bakar Selesai, Lelaki OKU Ditahan

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Polis percaya kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat, Rabu lepas, berjaya diselesaikan dengan penahanan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata suspek berusia 38 tahun, yang merupakan OKU pekak dan bisu, ditahan di sebuah rumah kedai pada 1 pagi tadi.

Suspek direman selama seminggu bermula hari ini.

“Sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menyerbu rumah kedai itu berdasarkan maklumat risikan bahawa suspek menetap di situ dan telah menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

“Soal siasat awal dijalankan dan mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah, mengaku terlibat dalam kes ini. Lelaki itu yang bekerja di sebuah kilang perabot di Kepong merupakan teman lelaki kepada anak perempuan bongsu mangsa berumur 30 tahun yang juga OKU pekak dan bisu,” katanya kepada pemberita.

Mazlan berkata demikian selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, DSP Mohd Asri Abd Wahab dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah itu menggantikan Supt. Ruslan Abdullah yang bersara wajib.

Dalam kejadian 5.50 pagi itu, mangsa Chia Tee Nang, 73; isterinya Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka, Ryan Chia, 9, serta Chia Yuan Bin, 3, dipercayai dibunuh sebelum dibakar di kediaman mereka.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Menurut Mazlan, berdasarkan siasatan awal, motif kejadian disebabkan masalah kewangan seperti hutang dan berlaku pertelingkahan di rumah mangsa sebelum kejadian.

“Kami percaya suspek bertindak bersendirian dalam kes ini, jadi kami percaya kes ini telah berjaya diselesaikan.

“Mengenai punca sebenar kematian keempat-empat mangsa, kami masih menunggu laporan rasmi bedah siasat daripada pihak hospital, tidak boleh putuskan lagi sama ada mangsa dibunuh sebelum dibakar,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd