• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan UMNO Janji Masa Depan Cerah Negara

oleh Ahmad Albab
07/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berbekalkan rekod kejayaannya dalam mentadbir urus negara yang tidak boleh dipertikaikan, Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan UMNO mampu menjamin masa depan negara yang lebih cemerlang demi faedah rakyat jika rakyat memilihnya pada pilihan raya umum akan datang.

Menyampaikan ucapan dasar pada pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2017, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan UMNO dam BN ingin menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau ini, bahkan tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia.

Beliau berkata rakyat mempunyai pilihan sama ada untuk bersama kerajaan dalam mencapai agenda prgresif itu atau memilih pembangkang yang penuh dengan amalan kronisme dan pemerintahan ‘kuku besi’.

“Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang dengan segala harapan pasti melonjak negara ke masa hadapan, di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Atau,.. .berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar di bawah cengkaman Dinasti DAP, bahkan teraba-raba tanpa arah tuju, kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan mengheret kita kembali ke masa purba dan silam, dengan amalan-amalan kronisme dan pemerintahan kuku besi,” katanya di hadapan lautan merah 5,628 anggota perwakilan daripada 191 bahagian UMNO seluruh negara.

Perdana menteri berkata UMNO dan BN merupakan parti untuk semua yang selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.

Beliau menegaskan UMNO juga bukan parti rasis malah diterima mengepalai parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan berhemah.

“UMNO bukan antikaum Cina tetapi ternyata kaum Cina dan sebahagian juga kaum India turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan pembohongan pembangkang.

“UMNO bukan sahaja untuk Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional,… tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya,…parti berkaromah untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata UMNO dalam usia lebih tujuh dekad semakin matang dan mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik pemersatuan yang tidak ‘confrontational’ atau berwatak ‘kaki gaduh’, apatah lagi untuk mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan.

Sebaliknya, Najib berkata parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat hanya sibuk bersandiwara dan tidak mampu menyelesaikan kemelut dalaman parti, namun mahu mengambil alih pentadbiran negara. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan Agung UMNO 2017UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd