Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Bayi Doktor Maut Tertinggal...

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10...

Pusat Memancing Thye Tawar...

BUAT kaki pancing, ini merupakan berita gembira buat anda.Pusat memancing Thye Fishing Village...

Kedai Sembelih, Jual Daging...

KUCHING - Ini bukan premis di China atau Vietnam tetapi berlaku di Malaysia...

TERKINI: Harga RON95 Dan...

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan bermula 1 Disember 2014 penetapan harga runcit...

Keharmonian Kaum Resipi Kejayaan Negara

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa keharmonian antara kaum, toleransi dan saling memahami yang menjadi resipi kejayaan negara harus dipertahankan.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum hendaklah mencontohi semangat patriotik yang membentuk suasana harmoni.

“Contoh terdekat ialah negara jiran, Thailand yang suasana harmoni rakyatnya merentasi sempadan agama dan budaya,” titah baginda selepas menyerahkan sumbangan MAIPs kepada Sekolah Agama (Maktab) 25, Charoen Krung 36 Road, Bangkrak, Bangkok petang semalan.

Kenyataan media tersebut dikeluarkan oleh MAIPs di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan sumbangan kepada wakil sekolah berkenaan, Thanarat Watcharap-isud. Sekolah tersebut mempunyai 40 pelajar.


Baginda turut menitahkan tahniah atas inisiatif Pusat Dakwah One Centre Malaysia yang dikendalikan oleh MAIPs yang diawasi Jabatan Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) Perlis yang telah melaksanakan pelbagai program dan terbaharu Hari Masjid Terbuka di Masjid Al-Hussein Kuala Perlis.

Program-program yang mendapat sambutan masyarakat khususnya umat Islam akan diperluas sebagai usaha untuk menyemarakkan perpaduan dan keharmonian antara kaum, titah Tuanku Syed Faizuddin.

Sementara itu, baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berharap rakyat Perlis yang meraikan Hari Krismas merayakan sambutan itu dengan penuh rasa gembira dan menyemai semangat kasih sayang serta saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan. – BERNAMA

Kategori