• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaum Tionghua, Melayu Perlu Terus Bekerjasama

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kaum Tionghua di negara ini disaran untuk meneruskan kerjasama dengan orang Melayu terutama yang melibatkan hal politik, bagi membentuk sebuah kerajaan yang baik.

Penasihat MCA Negeri Sembilan Tan Sri Wong See Wah berkata hubungan antara MCA dan parti UMNO sendiri misalnya, telah terjalin sekian lama dan hasilnya sebuah kerajaan yang kukuh dapat dibentuk.

“Kita perlu sedar yang kaum Tionghua adalah minoriti di negara ini. Jadi adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan supaya dapat bersama-sama memainkan peranan lebih efektif dalam pentadbiran kerajaan.

“Kita akui dalam pilihan raya lalu MCA ada banyak kelemahan yang membawa kesan buruk kepada parti dan kali ini saya berharap ia dapat diperbaiki, terutamanya dalam mewujudkan perpaduan yang kukuh bersama UMNO bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kepimpinan PRU-14 MCA Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon dan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri King Lim Chin Fui.

Wong berkata kerjasama politik antara kaum Tionghua dan Melayu bukan sahaja terjalin antara MCA dan UMNO, tetapi juga parti lain misalnya, DAP dengan PKR.

Beliau turut menasihatkan supaya masyarakat Tionghua tidak bersikap berat sebelah dan lebih terbuka, misalnya dalam perkara yang melibatkan politik.

Sementara itu, Pengerusi Bilik Gerakan MCA Negeri Datuk Hon Choon Kim berkata beliau yakin, parti itu kini lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi PRU14.

“Satu jawatankuasa khas telah diwujudkan sejak tiga bulan lalu bagi kita mengatur pelbagai strategi terbaik sekali gus menebus kembali kekalahan pada pilihan raya lalu.

“Pada masa sama, saya nampak perpaduan antara anggota juga telah diwujudkan termasuk dengan bekas pemimpin parti, yang bersedia memberi pandangan dalam menguatkan jentera parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kaum CinaMCAOrang Melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Ini Adalah Kisah Klasik Orang Melayu Tak Bayar Hutang” – Pemimpin AMANAH Ulas Sikap Sebahagian Pesawah

“Ini Adalah Kisah Klasik Orang Melayu Tak Bayar Hutang” – Pemimpin AMANAH Ulas Sikap Sebahagian Pesawah

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini adalah kisah klasik orang Melayu. Tak bayar hutang MARA, tak bayar hutang TEKUN, tak bayar hutang...

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd