• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Jubah Halimunan Harry Potter Ada Di China?

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAYANGKAN jika anda memiliki sehelai jubah yang mampu membuatkan anda menghilangkan diri seperti di dalam filem Harry Porter, pasti ia sesuatu yang menyeronokkan.

Mungkin ia hanyalah sekadar fikysen, namun di China seorang lelaki berjaya dirakam menghilangkan diri sambil memegang sehelai kain yang kelihatan telus seakan-akan halimunan.

Menerusi rakaman video berdurasi kira-kira seminit 10 saat, ia menunjukkan individu berkenaan merentangkan kain sambil berdiri di tengah-tengah belukar. Dia kemudian membuka kain itu dan menghilang di depan kamera.

Aksi lelaki itu turut mendapat perhatian daripada Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Keselamatan Awam China, Chen Shiqu yang berkongsikan rakaman video berkenaan di laman sosialnya.

Chen berkongsi video itu di akaun Weibonya pada 4 Disember dan menyatakan ‘jubah halimunan’ itu mungkin boleh digunakan di dalam ketenteraan.

Menurut Metro.co.uk, jubah tersebut dibuat daripada kain berteknologi tinggi menggunakan bahan telus, ia dapat membalikkan gelombang cahaya di sekitar objek yang memakainya sehingga dapat menghilangkannya.

Walau bagaimanapun seorang penerbit di syarikat pengeluaran Quantum Video, Zhu Zhensong memberitahu bahawa jubah halimunan tidak wujud.

Dia memberitahu pemberita bahawa video yang telah ditonton hampir 21.4 juta kali itu telah diedit dan difilemkan dengan kain plastik berwarna biru atau hijau.

“Perisian seperti Adobe After Effects, Nuke atau Blackmagic Fusion boleh mengedit latar belakang dan menggabungkan objek ke dalamnya. Kesan yang pernah dilihat dalam banyak filem aksi,” kata Zhu.

Jadi, tidak diketahui sama ada jubah halimunan tersebut wujud atau hanyalah dongang semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinaHalimunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd