• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPD Kunak Berjaya Selesaikan 40.45% Kes

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak berjaya menyelesaikan 40.45 peratus kes iaitu 36 daripada 89 kes jenayah kekerasan dan harta benda yang direkodkan sepanjang tempoh Januari tahun ini sehingga semalam.

“Polis Kunak berjaya menyelesaikan termasuk 12 kes pecah rumah malam, 11 kes curi, dua kes rogol, dan satu kes samun bersenjata api,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini IPD Kunak turut berjaya menembak mati seorang suspek penjenayah rentas sempadan dipercayai tali barut kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR), Sept lepas dan seorang pengedar dadah juga dalam tahun ini.

Beliau berkata polis kontinjen Sabah akan lebih serius dalam menangani kegiatan jenayah dadah di negeri ini,
Katanya, langkah agresif akan diguna pakai termasuk melaksanakan operasi dadah setiap hari dengan pelbagai serbuan serta tangkapan akan dilakukan secara komprehensif.

“Melihat kepada peningkatan kes dadah di Sabah, kita laksana tiada hari tanpa operasi dadah. Pembabitan dalam kegiatan dadah juga antara lain mempunyai kolerasi yang telah menyumbang kepada kes pecah rumah dan curi,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Kunak yang baharu, Supt Baharin Md Tahir dengan ASP Wee Devets Tan.

Baharin sebelum ini merupakan pegawai pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan telah berkhidmat bersama polis sejak tahun 1984. -BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd