Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

“Tak Kisah Orang Cakap...

PENGLIBATAN pelakon Ungku Hariz yang juga suami kepada Jihan Muse dalam industri seni...

Lelaki Berang Bunuh Wanita...

SEORANG lelaki yang berang apabila diejek seorang wanita kerana lemah tenaga batin bertindak...

Ugut OCPD: Pengerusi DAP...

KUANTAN - Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis hari ini bagi...

Kerajaan Negeri Tangguh Cadangan...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri menangguh cadangannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di...

Insurans Kesihatan Untuk Pekerja Asing Tahun Depan

IPOH – Skim Insurans Kesihatan Sukarela (VHIS) yang akan diperkenalkan tahun depan akan meliputi perlindungan insurans kesihatan terhadap semua pekerja asing di negara ini, pada fasa pertama pelaksanaannya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata skim insurans tidak diswastakan dan bukan berasaskan keuntungan itu akan diperluaskan kepada kumpulan lain pada fasa seterusnya.

“Kita akan perluaskan kepada kumpulan lain pada fasa seterusnya, sekali gus menjadikan inisiatif tersebut berjaya,” katanya.
Dr Subramaniam berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat di sini, hari ini.

Menteri itu berkata pengenalan skim berkenaan adalah sebagai alternatif dalam menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada sektor swasta dan membolehkan kerajaan menetapkan insurans tersebut pada kadar berpatutan.

“Ini juga membolehkan kerajaan menawarkan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan.


“Namun, ia tidak akan dilaksanakan serta merta (terhadap kumpulan lain) kerana skim insurans berkenaan akan dilakukan secara berperingkat dan kita berharap hasrat kita ini akan tercapai,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2018, 27 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sejumlah RM50 juta diperuntukkan kepada VHIS untuk memperkasa sektor kesihatan. – BERNAMA

Kategori