• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Tawar RM30,000 Untuk Bunuh Mangsa

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ada pihak yang didakwa menawarkan ganjaran sehingga lebih RM30,000 untuk memburu lelaki yang mati ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, sebulan sebelum kejadian pada malam Ahad lalu.

Selain itu, wang ‘ganjaran’ turut dikatakan ditawarkan bagi mana-mana individu yang berjaya menghapuskan mangsa.

Menurut sebuah laporan, seorang sumber mendedahkan ada pihak menawarkan ganjaran di Facebook sejak sebulan lalu, iaitu RM23,888 untuk sebarang maklumat sehingga menemui mangsa dan RM32,888 jika berjaya menyerahkan lelaki itu. Bagaimanapun, laman itu kini tidak lagi beroperasi.

Difahamkan, mangsa mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang mahu membalas dendam akibat pertikaian wang dalam urus niaga dadah sehingga sanggup menawarkan ganjaran tinggi untuk membunuhnya.

Mayat mangsa telah dituntut isterinya dari Bilik Mayat Hospital Sultan Ismail pada pukul 2.10 petang semalam dan ditempatkan di Nirvana Memorial Park, Kulai sebelum disemadikan.

Sekitar 5 petang semalam, satu upacara keagamaan telah diadakan di tempat kejadian yang turut dihadiri wanita warga Vietnam yang dipercayai isteri mangsa serta keluarga.

Upacara keagamaan itu berlangsung kira-kira 20 minit sebagai menghormati roh mangsa.

Isteri mangsa dilihat meninggalkan tempat kejadian dengan tergesa-gesa dipercayai enggan ditemubual wartawan.

Terdahulu, mangsa dilihat bersama isterinya di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi sebelum ditikam sebelum dilanggar.

Bagaimanapun, pihak polis sudah menahan dua individu bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes pembunuhanKongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd