• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Lancar Operasi Kereta Api Tanpa Pemandu

oleh
31/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – India secara rasmi melancarkan perkhidmatan kereta api tanpa pemandu yang menghubungkan bahagian selatan ibu kota negara tersebut dengan bandar satelit Noida.

Media tempatan melaporkan, Perdana Menteri India, Narendra Modi menaiki perkhidmatan sulung tren untuk Laluan Magenta ini tetapi bagi sebahagian daripada operasi perjalanan penuh sahaja baru-baru ini.

Untuk tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua tahun, kereta api itu akan dikendalikan oleh seorang pemandu sebelum dikawal secara automatik menerusi sistem Communication Based Train Control (CBTC).

Kebetulan minggu sebelumnya, sebuah tren itu melanggar tembok, sekali gus mencetuskan persoalan tentang teknologi automasi digunakan meskipun dipantau pihak Commissioner for Metro Rail Safety (CMRS).

Namun syarikat pengendalinya, Delhi Metro, menyatakan kesilapan manusia menjadi punca insiden pelik itu kerana ada pekerja dikesan lupa menghidupkan brek setelah kereta api menjalani kerja penyenggaraan.

Laluan Magenta ini sejauh 12.6 kilometer dengan 22 buah stesen dan ia merupakan yang terbaharu dalam sistem rel Delhi Metro yang meliputi jarak keseluruhan 200 kilometer bagi menggalakkan pengangkutan awam moden.

Pada September lalu, Modi dan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe melancarkan projek tren laju bernilai AS$16.8 bilion yang menghubungkan Mumbai dengan hab perniagaan Ahmedabad di India barat.

Landasan kereta api laju sejauh 508 kilometer itu dibangunkan India dengan kerjasama Jepun menggunakan teknologi tren peluru “shinkansen” bergerak dengan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.

Bagi tren konvensional, India sememangnya mempunyai rekod kemalangan yang mengerikan. Kali terakhir nahas serius berlaku, 150 orang maut setelah sebuah kereta api tergelincir di Uttar Pradesh tahun lalu.

India mencatatkan jumlah kematian akibat kemalangan tren sebanyak 27,581 pada tahun 2014, dengan kebanyakan mangsa terjatuh daripada kereta api atau dirempuhnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Narendra Modi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vijay Berterima Kasih Ucapan Tahniah Narendra Modi, Anwar

Vijay Berterima Kasih Ucapan Tahniah Narendra Modi, Anwar

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay berbesar hati menerima ucapan tahniah menerusi media sosial kepadanya oleh...

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd