• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Tumpaskan Sindiket Pemalsuan Dokumen

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Imigresen Pahang berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima warga asing dan seorang warga tempatan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Wong Ah Jang di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Muhammad, Hatta Kassim berkata dalam serbuan pada 1 tengah hari itu, empat lelaki warga Myanmar berumur 36 hingga 61 tahun dan seorang wanita warganegara sama berumur 23 tahun ditahan di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam premis itu kami menemukan empat pasport Thailand yang palsu dan satu naskhah dokumen perjalanan juga dipercayai palsu.

“Turut dirampas cap keselamatan Imigresen yang palsu yang biasa digunakan untuk proses keluar masuk di sempadan negara serta wang tunai RM1,135,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, susulan penahanan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 68 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ‘runner’.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM30,000 serta sebatan tidak melebihi enam kali.

Sementara itu dalam kes berasingan, jabatan itu menahan tiga wanita warga Vietnam berumur 23 hingga 26 tahun yang bekerja secara haram dalam serbuan di sebuah pusat urut di Jalan Beserah di sini pada 11 malam tadi.

Muhammad Hatta berkata, berdasarkan risikan, ramai lagi pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah bekerja di situ, namun mereka berjaya melarikan diri sewaktu serbuan dilakukan.

“Sebelum ini jabatan telah dua kali melakukan serbuan di rumah urut berkenaan, namun gagal setelah rancangan itu berjaya dikesan oleh tonto,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1C) Akta Imigresen dan juga 39 B Peraturan Imigresen kerana melanggar syarat pas lawatan. – BERNAMA

Tags: ImigresenSindiket Pemalsuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd