• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kelantan Tahan 2 Tekong Seludup 17 PATI

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 37 tahun disyaki tekong yang terbabit dalam aktiviti menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata tangkapan tersebut dilakukan di Kampung Tersang, Jeram Perdah, Pasir Mas kira-kira pukul 11.30 malam pada Jumaat lepas.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan ketika sedang membawa 17 PATI warga Myanmar berusia tiga hingga 49 tahun menggunakan sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Seorang daripada suspek cuba melarikan diri selepas kami memperkenalkan diri namun berjaya ditahan, manakala rakannya ditahan ketika berada di dalam MPV berkenaan.

“Kesemua PATI berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menerusi pangkalan haram Tersang tanpa menggunakan dokumen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wan Mohammed Saupee berkata kesemua warga Myanmar terbabit disiasat menurut Akta Imigresen 1959/1963 manakala dua suspek berkenaan disiasat mengikut Seksyen 26 (J) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Beliau berkata pihaknya turut merampas kedua-dua kenderaan terbabit yang dianggarkan bernilai RM18,000 dan RM95,000. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ronaldo Hero Real Madrid Julang Piala Kelab Dunia

Next Post

Kecoh Beg Asli Harrods Hanya Dijual RM45

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

Kecoh Beg Asli Harrods Hanya Dijual RM45

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd