• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Berat Menanti Penghasut Di Sabah, Sarawak

oleh AK-47
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia mengambil tindakan tegas berdasarkan undang-undang terhadap mereka yang ‘bermain api’ menghasut rakyat menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah” dan “Sarawak untuk Sarawak”.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan itu adalah satu kesalahan yang amat serius dan mereka boleh dikenakan hukuman berat.

“Tiada sesiapa yang kebal dari segi undang-undang. Perkara ini tidak harus dibenarkan berlaku,” katanya ketika merasmikan secara serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini malam ini.

Katanya tindakan pihak-pihak berkenaan menghasut rakyat dengan slogan itu cukup bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden itu turut memberi ingatan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab sedemikian boleh menyebabkan rakyat Malaysia menangggung derita akibat permainan dan hasutan campur tangan asing pada masa depan.

“Tindakan bermain api yang mahu mewujudkan anarki dan ketidakstabilan negara harus kita tentang. Bak kata orang tua-tua ‘bertelingkah antan dilesung, ayam juga yang kenyang’,” katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang berkenaan itu sanggup mempolitikkan isu tersebut semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

“Semua ini terjadi apabila adanya pemimpin yang terperangkap dalam percaturan dalang-dalang politik yang bankrap idea dan muflis jiwa.

“Kerana asakan gelojoh nafsu dan serakah politik bertuankan tok dalang ini, mereka rela menjadi bidak-bidak di papan catur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPerhimpunan Agung UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd