• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir Sejuta Mangsa Tertipu, Rugi RM3.8 Bilion

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan sebanyak 947,301 individu menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan melibatkan kerugian dianggarkan lebih RM3.8 bilion bagi tempoh awal Januari sehingga November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kebanyakan mangsa disyaki terpedaya dengan pelaburan itu yang menjanjikan pulangan tinggi.

Beliau berkata berlaku peningkatan kes pada tahun ini berbanding tahun lepas untuk tempoh sama yang merekodkan sebanyak 190,750 mangsa dengan jumlah kerugian dianggarkan RM845,000.

“Pelbagai kes penipuan yang PDRM kesan iaitu pelaburan komoditi, perniagaan, pertanian, emas, mata wang asing, saham dan tender. Selain itu, saya juga ingin mendedahkan terdapat 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya antara syarikat yang terlibat dan sedang diambil tindakan ialah Forex -Fxunited, Forex – Trigerfx, Pelaburan PTM4U, MGSB, Capital Poster Advisor, Pelaburan Emas Royal Gold, Kongsi Makan, Richway, Mospace, Mface/Mbi, Saham – Century Dinasty, Bookcoin, Bit Coin-Al Mubin Agarwood dan Bitcoin-Bit Kingdom.

Beliau berkata semua syarikat terbabit telah dikenal pasti dan JSJK sedang berusaha mengesan kesemua sindiket yang terlibat.

“JSJK ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak sahih dan pelaburan dalam bentuk saham, emas dan bit coin antara penipuan yang kerap dilaporkan.”

Amar Singh berkata mangsa mendapat tahu tentang tawaran pelaburan yang dibuat melalui media sosial serta diperkenalkan oleh saudara-mara serta rakan.

“Selepas itu, mangsa yang berminat akan menyertai pertemuan atau ceramah oleh syarikat pelaburan terbabit sebelum mereka membuat pelaburan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai jangan mudah terpedaya dengan segala bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat-ganda dalam jangka masa pendek dan perlu membuat semakan dangan Bank Negara Malaysia untuk mengetahui status syarikat pelaburan sama ada berada dalam senarai hitam atau sebaliknya.

Selain itu, elakkan diri daripada skim pelaburan yang tidak jelas, meragukan dan menjanjikan pulangan yang tidak munasabah atau skim pelaburan yang tidak mematuhi syariah sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Singh Ishar SinghSindiket Pelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

150 Individu Dakwa Rugi RM830 Juta Ditipu Sindiket Pelaburan

11/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Tawaran keuntungan antara 15 hingga 17 peratus antara taktik digunakan sindiket penipuan pelaburan untuk menarik dan memerangkap lebih...

Pekerja Kilang Rugi RM23,836 Ditipu Sindiket Pelaburan

18/10/2020
0

Seorang pekerja kilang mengalami kerugian RM23,836 selepas wanita itu ditipu sindiket pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan lumayan dengan hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd