• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Maut Serangan Jantung Ketika Memandu

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang guru maut dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang memandu berdekatan lampu isyarat di Jalan Sultanah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.59 pagi tadi, mangsa, Muhammad Zulkurnain Mat, 58, sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) di lorong kanan menghala ke arah Anak Bukit, di sini.

Bagaimanapun, MPV yang dipandu mangsa melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan itu.

“Pemandu pacuan empat roda itu terus turun untuk memeriksa MPV yang melanggarnya sebelum mendapati pemandu kenderaan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersandar di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Mangsa merupakan guru di Kolej Sultan Abdul Hamid di sini dan pemeriksaan yang dilakukan terhadap mangsa mendapati mangsa telah meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum kemalangan berlaku.

“Mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian, Nor Hashim Sunali, 28 berkata, dia sedang menunggu bas di perhentian bas berhampiran sebelum ternampak sebuah kenderaan MPV melanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sebelum terbabas ke atas penghadang jalan.

“Saya ingat hanya kemalangan kecil, bagaimanapun pelik juga apabila ambulans dan kenderaan polis pergi ke tempat kejadian.

Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat seorang lelaki tidak sedarkan diri dan tersandar di tempat duduk pemandu.

Rakan mangsa, Azrul Nizal Man, 40 berkata, mangsa seorang guru yang baik dan berdedikasi mengajar mata pelajaran Biologi di tingkatan enam kolej berkenaan.

“Dia ada pernah beritahu ada masalah jantung, tapi tidaklah serius…apabila dimaklumkan rakan-rakan yang lain bahawa dia meninggal saya terkejut dan tidak menyangka Allahyarham telah pergi selama-lamanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Guru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd