• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis ‘Peluk’ Kpop Hadiri Majlis Berkabung Joghyun?

oleh AK-47
24/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMATIAN vokalis kumpulan K-Pop popular Shinee, Jonghyun akibat bunuh diri nampaknya memberikan impak kepada peminat tegar artis K-Pop di negara ini.

Jumaat lalu, satu majlis memperingati kematian mendiang Kim Jong Hyun yang dihadiri seramai 100 peminat telah diadakan di tepi Sungai Klang berdekatan Masjid Jamek.

Namun, yang menjadi perhatian ketika itu ialah remaja-remaja Muslim yang menangis teresak-esak meratapi pemergian penyanyi tersebut.

Baca: Caprice Tegur Fans K-Pop Ratap Kematian Jonghyun

Fenomena K-pop sememangnya menular sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi ketaksubab para peminatnya di seluruh dunia, sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk ‘mendekati’ artis kegemaran mereka itu.

Selain menunggu artis pujaan mereka berjam-jam di lapangan terbang sewaktu baru tiba ke Malaysia ataupun beratur panjang di lokasi persembahan, ada juga peminat yang sanggup ‘menggadai’ maruah dengan membenarkan tubuh mereka dipeluk oleh artis K-pop!

Ingat lagi isu remaja perempuan yang dipeluk artis Korea semasa kumpulan B1A4 membuat konsert di Malaysia dua tahun lalu?

Khabarnya, remaja tersebut turut serta dalam majlis meratapi Jonghyun di Masjid Jamek itu!

Namun, para netizen dilihat tidak terkejut langsung dengan kehadiran remaja berkenaan di dalam majlis itu.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tindakan remaja Islam yang turut terlibat dengan dengan aktiviti berkabung itu.

“Dah macam kurang didikan agama saja. Aku tak adalah pandai sangat bab agama ini, tapi tak adalah sampai nak mengikut agama lain pergi meratapi kematian yang bukan Islam,” tulis Tok Bomoh.

Hanafe pula berkata “K-Pop mati pun engkau hendak nangis bagai, bukannya dia mati ikut ajaran Islam. Saudara kita dekat Palestin yang kena seksa sampai mati syahid itu tak nak pula sedih.”

Dalam pada itu, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjelaskan perbuatan peminat-peminat yang berkumpul sebagai penghormatan buat Jong-hyun adalah bertentangan dengan Islam.

“Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah.

“Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

“Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?” katanya dipetik Astro Awani.

18 November lalu, Kim Jong Hyun disahkan meninggal dunia akibat kemurungan yang sekaligus bertindak membunuh diri.

Ekoran itu, peminat-peminat K-Pop Malaysia dilihat berkumpul sambil membawa bunga, lilin, belon serta potret penyanyi 27 tahun itu sebagai memperingati Jonghyun. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: bunuh diriK-Pop
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd