• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

oleh Mohd Arshad
13/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea Selatan atau “K-Netz”, sehingga menjadikan istilah Knetz trending sejak beberapa hari lalu.

Memetik laporan portal Seasia.news, konflik itu dipercayai bermula selepas seorang artis K-pop dari Korea Selatan mengadakan konsert di Malaysia baru-baru ini.

Menurut satu akaun di X, dalam dunia K-pop terdapat istilah “fansite”, iaitu peminat yang mengambil gambar artis di konsert, acara tandatangan dan aktiviti lain sebelum memuat naiknya secara dalam talian.

Difahamkan, ramai pengendali fansite dari Korea hadir ke Malaysia untuk merakam persembahan tersebut.

Bagaimanapun, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton tempatan apabila sebahagian fansite menggunakan kamera profesional bersaiz besar.

Tindakan mengangkat kamera ketika mengambil gambar didakwa telah menghalang pandangan penonton lain yang ingin menikmati konsert.

Walaupun dikatakan telah diberi teguran, isu tersebut terus berlarutan dan mencetuskan perdebatan di media sosial.

Kritikan terhadap tindakan berkenaan kemudiannya bertukar menjadi perang mulut antara kedua-dua pihak.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa komen berbaur perkauman didakwa dilemparkan terhadap netizen Asia Tenggara.

Antara lain, wujud dakwaan bahawa individu tertentu membuat kenyataan menghina dari segi warna kulit dan latar belakang ekonomi.

Rentetan itu, netizen dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand dilihat bersatu mempertahankan diri dan menggunakan label “SEAbilings” sebagai simbol solidariti serantau.

Pertikaman lidah tersebut terus memuncak di X dengan pelbagai hantaran sindiran dan balas-membalas, sekali gus menjadikan istilah Knetz sebagai topik perbualan hangat.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak penganjur konsert atau artis terlibat berhubung kontroversi berkenaan.

Namun, insiden ini sekali lagi memperlihatkan bagaimana isu kecil di acara hiburan mampu mencetuskan gelombang besar di media sosial, khususnya apabila menyentuh sensitiviti kaum dan identiti serantau.

— Mynewshub

Tags: K-Pop
Share231Tweet145SendShare

Related Posts

Korea Selatan Berkabung: Acara Halloween Dan Persembahan Bintang K-pop Dibatalkan

Korea Selatan Berkabung: Acara Halloween Dan Persembahan Bintang K-pop Dibatalkan

30/10/2022
0

SEOUL: Kebanyakan acara dan perarakan sambutan Halloween serta persembahan bintang K-pop dibatalkan ketika Korea Selatan berkabung atas kematian sekurang-kurang 153...

BTS Batal Konsert Di Seoul Gara-Gara COVID-19

BTS Batal Konsert Di Seoul Gara-Gara COVID-19

13/02/2026
0

KUMPULAN K-pop terkemuka BTS membatalkan konsert jelajah MAP OF THE SOUL di Seoul ekoran bimbang dengan penularan wabak COVID-19. Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd