Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

4 Kanak-Kanak Hilang Dalam...

KUCHING - Empat kanak-kanak berusia antara 10 dan 14 tahun dikhuatiri hilang selepas...

Pengguna Perlu Waspada Dengan...

NEW YORK - Lebih dua tahun lalu, aplikasi FaceApp yang membolehkan pengguna mengedit...

Kes Buli Terbaru ...

Baru selesai satu kes buli membabitkan seorang wanita dan si pembuli, Khoo Koo...

Saringan Covid-19 Di KLIA,...

KUALA LUMPUR - Jumlah petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan peralatan saringan Covid-19 di...

Fathia Balas Sindiran ‘Pedas’ Dira Isu Turun Padang

SEMALAM, Exco Pergerakan Puteri UMNO dan pelakon, Dira Abu Zahar telah ‘menyindir’ aktres, Fathia Latiff dalam pengucapannya di Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017).

Susulan perkara itu, Fathia dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas sindiran itu menerusi satu kemaskini terbaharu di Twitter pada Khamis.

Menerusi perkongsian tersebut, Fathia yang diketahui cenderung kepada pembangkang, berpendapat dia juga mempunyai hak untuk bersuara sama seperti mana Dira sendiri.

Bukan itu sahaja, malah Fathia turut menegaskan bahawa dia tetap teguh dengan pendiriannya dalam menyuarakan apa sahaja tanpa rasa gentar mahupun atas tekanan daripada mana-mana pihak.

Tweet yang dimuat naik oleh Fathia itu sekali lagi menarik perhatian sekali gus menerima pelbagai reaksi daripada netizen menerusi laman sosial berkenaan.


Semalam, Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar telah memerli perangai ‘bimbo’ Fathia ekoran terkesan dengan perangai kebudak-budakan selebriti tersebut.

Dalam ucapannya Dira berkata, tidak perlu percaya dengan pegangan yang dibawa oleh Fathia kerana pelakon tersebut sama sekali tidak tahu apa-apa berkaitan kerajaan.

Baca: Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’

Selain itu, Dira juga menasihati Fathia agar tidak mencampuri urusan kerajaan sebaliknya menumpukan perhatian kepada kerjaya lakonan yang tidak sehebat mana itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori