• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Cedera Kemalangan Di Masjid Tanah

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH — Empat orang cedera termasuk seorang lelaki warganegara Indonesia dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Jalan Hutan Simpan Sungai Udang-Masjid Tanah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata kejadian kira-kira 9 pagi itu melibatkan dua kereta Proton Wira, sebuah kereta Proton Saga BLM dan sebuah motosikal Suzuki.

“Akibat kemalangan itu, lelaki Indonesia berkenaan Ubaidur Rahman, yang memandu kereta Proton Wira, cedera di muka manakala tiga wanita tempatan iaitu Omnira Sehat, 33, cedera di kaki selain Hayati Ebi, 39, dan Hamidah Ahmad, 25 masing-masing cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu Ubaidur, yang dalam perjalanan ke Masjid Tanah, terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lagi kenderaan jenis sama.

“Setelah berlakunya rempuhan tersebut, Proton Saga BLM dan motosikal Suzuki yang dalam perjalanan ke Sungai Udang gagal mengelak dan turut merempuh Proton Wira berkenaan.

“Kedua-dua laluan terhalang dan menyebabkan kesesakan yang teruk,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd