Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Yapeim & 7 Lagi...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya...

Aliran Trafik Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik bergerak lancar di semua lebuh raya utama setakat...

Lelong Kenderaan Di JPJ...

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan melelong 48 buah kenderaan...

Kes Aliff Aziz: Adik...

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan Aliff Aziz, isteri Bella Astillah dan pelakon baharu, Afifah Nasir...

Dua Majikan Gaji PATI Ditahan

BALIK PULAU – Dua majikan warga tempatan dan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam dua serbuan kedai makan di Balik Pulau, di sini semalam.

Jurucakap JIM Pulau Pinang berkata dalam serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Genting kira-kira pukul 2 petang, pihaknya menahan seramai empat wanita warga Indonesia yang bekerja di situ.

“Dalam pemeriksaan di sebuah restoran di Taman Nipah Emas, dua lelaki warga India dan seorang wanita wanita Indonesia yang bekerja di situ turut ditahan.JIM Pulau Pinang turut menahan dua pemilik kedai makan itu iaitu masing-masing lelaki berusia 40-an bagi membantu siasatan kerana menggaji PATI di premis mereka tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Katanya semua warga asing berusia 25 hingga 40 tahun itu tiada sebarang dokumen perjalanan diri dan mereka dibawa ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap JIM Pulau Pinang berkata dalam operasi berasingan di sekitar Sungai Burung di sini dan Permatang Damar Laut dekat sini semalam, seramai 24 warga asing ditahan kerana pelbagai kesalahan Akta Imigresen.

Katanya meraka yang ditahan terdiri daripada 10 wanita Indonesia, masing-masing lima lelaki Bangladesh dan India serta empat lelaki Myanmar.


“Pemeriksaan yang dijalankan di kedai peralatan bahan binaan, bengkel kimpalan logam, kedai perabut dan ladang ternakan lembu serta kambing itu JIM Pulau Pinang menahan 24 warga asing berusia 28 hingga 40 tahun,” katanya.

Beliau berkata mereka yang bekerja di premis-premis itu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa, tiada permit kerja serta menyalah guna pas lawatan sosial.

Katanya semua mereka dibawa balik ke Depoh Tahanan Juru untuk siasatan lanjut dan pihaknya juga akan memanggil majikan warga asing itu bagi membantu siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pati

Kategori