• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama ‘Sakit’ Speaker Cuba Tangguh Bicara

oleh Ahmad Albab
14/12/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bekas Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto sekali lagi berdrama di mahkamah semalam apabila cuba menangguhkan perbicaraannya bagi tuduhan rasuah.

Tokoh politik tempatan itu memberi alasan konon terlalu lemah untuk meneruskan prosiding akibat cirit-birit, sekali gus mencetuskan cemuhan orang ramai.

Kejadian itu yang terbaharu dalam beberapa siri ‘dramanya’ termasuk kecederaan akibat kemalangan sebelum ini yang menurut pengkritik sengaja diadakan untuk mengelak dikenakan tuduhan serius.

Setya, 62, yang berdepan dakwaan rasuah sebelum ini tetapi tidak pernah disabitkan secara rasmi, antara beberapa ahli politik kanan Indonesia yang dituduh mengambil sogokan daripada dana projek kerajaan.

Ini dilakukan suspek untuk rancangan terbesar pemerintah bagi mengeluarkan kad pengenalan elektronik baharu kepada lebih 250 juta penduduk negara itu.

Skandal rasuah mega itu yang muncul awal tahun ini dianggarkan membabitkan kos 2,327,045,000,000 rupiah (RM700 juta) daripada dana kerajaan.

Dia yang meletak jawatan Speaker minggu ini, tiba di Mahkamah Jakarta Pusat memakai jaket oren khas untuk suspek rasuah kelihatan murung dan lemah apabila hakim berulang kali bertanya namanya.

“Saya mengalami cirit-birit sejak lima hari lalu. Saya meminta ubat daripada doktor, tetapi tidak diberinya,” kata Setya kepada mahkamah.

Pendakwa raya tempatan bagaimanapun menegaskan tiga doktor yang memeriksanya sebelum ini memberitahu bahawa dia adalah sihat.

Setya terus diam apabila diminta mengesahkan butiran peribadinya seperti nama dan tempat kelahiran ketika disoal oleh mahkamah.

Hakim yang mendengar prosiding, Yanto, kemudian menangguhkan sementara perbicaraan terbabit untuk membolehkan doktor memeriksa Setya.

Pendakwa dibenarkan membacakan tuduhan terhadap tertuduh yang turut termasuk campur tangan tidak sah dalam proses mendapatkan kad pengenalan berkenaan.

Kejadian itu drama terbaharu Setya untuk mengelak disoal siasat agensi antirasuah sejak beberapa bulan lalu tetapi berjaya ditahan di hospital selepas mendakwa mengalami kecederaan akibat kemalangan kereta.

Laporan mengenai kemalangan itu muncul tidak lama selepas serbuan di kediaman mewahnya gagal. – Agensi/myMetro Online

Tags: dramaIndonesiamahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd