• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diva AA Serah Bukti Dakwaan Rasuah Kerajaan Selangor

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEBRITI yang terkenal dengan kelantangannya bersuara, Azwan Ali hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini, pagi tadi.

Kehadiran Azwan adalah bagi menyerahkan bukti dan keterangan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam pentadbiran negeri Selangor.

“Saya bukan datang dengan tangan kosong ke sini tetapi dengan membawa dokumen dan bukti kukuh mengenai kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau.

“Melibatkan siapa, saya tidak mahu komen,” katanya memetik sebuah portal berita tempatan.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan abangnya yang juga menteri besar Selangor secara khusus.

Namun di Instagram, Azwan mendedahkan yang mana dokumen penyerahan itu berkaitan amalan rasuah dan kemewahan abangnya serta beberapa individu lain.

” SESUNGGUH NYA MAKAN HASIL RIBA ITU DI LAKNAT ALLAH SWT “

A post shared by DIVAAANO1 (@divaaano1) on Dec 19, 2017 at 1:23am PST

Adik kepada menteri besar Selangor itu pada Isnin bertemu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim bagi membuat aduan berhubung salah laku rasuah yang berlaku melibatkan ahli keluarganya sebelum ini.

Selebriti itu mahu menunjukkan dokumen kepada Razali namun Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bagaimanapun menolak untuk melihatnya kerana berpendirian ianya perlu diserahkan kepada SPRM.

Azwan sebelum ini membuat kejutan dengan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 bagi mendedahkan ‘sesuatu yang besar’ mengenai abangnya itu yang telah disimpan sejak sekian lama. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Azwan AliSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd