• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi ‘Abang Nak Tegur’, Aliff Rugi Cecah Jutaan Ringgit

oleh
03/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI yang mengikuti perkembangan pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti sudah tahu beliau kini sedang berada di Sepanyol bagi menjalani penggambaran video klip, Abang Nak Tegur.

Namun, baru-baru ini Aliff mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit apabila beg sandang miliknya telah dicuri oleh seorang individu yang tidak dikenali sewaktu keberadaan beliau di sana.

Aliff berkata, ketika kejadian berlaku dia sama sekali tidak sedar akan kehilangan barang tersebut ekoran sedang sibuk menjalani latihan untuk klip muzik video berkenaan.

Jelasnya lagi selain daripada wang tunai berjumlah hampir RM20,000, individu berkenaan turut melarikan jam tangan berjenama Cartier milik Aliff yang bernilai lebih daripada RM100,000.

jgn salah tafsir pasal report saya yg sy post sebelum ni..sy x nak terangkan disana sbb tu sy bad mood😥😥 . . hari ni sy terangkan perkara sebenarya.. ade x sesiapa yg kenal mamat dlm bulatan merah ni?… ini adalah salah satu bnda tragis yg berlaku semasa saya di Spain… dia rembat beg sandang solvatore faragamo saya masa sy tgh leka training…so lesap la cash yg saya bwk 4000 euro, kad kredit, IC saya, jam cartier 100k++…tapi saya gigihkan jgk…sebb demi nk siapkan MTV hanya allah shaja yg tahu dugaan sy yg saya x share.. #abangnaktegur saya teruskan jugak

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Dec 11, 2017 at 8:58pm PST

“Jangan salah tafsir pasal report saya yang saya post sebelum ni… Saya tak nak terangkan di sana sebab saya bad mood. Hari ini saya terangkan perkara sebenarnya.

“Ada tak sesiapa yang kenal mamat dalam bulatan merah ini? Ini adalah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Spain (Sepanyol). Dia rembat beg sandang Salvatore Ferragamo saya masa saya tengah leka training.

“So, lesap la cash yang saya bawa 4,000 euro, kad kredit, IC saya, jam Cartier 100l++. Tapi saya gigihkan juga sebab demi nak siapkan mtv hanya Allah sahaja yang tahu dugaan saya yang saya tak share. #abangnaktegur saya teruskan juga,” jelas beliau menerusi posting terbaru di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aliff turut memuat naik satu foto memaparkan laporan mengenai kejadian tragis berkenaan di laman Instagram dalam satu posting yang berlainan sebelum ini.

momori pahit yg akan dikenang😓😓😓😓😓😓😓😓 #bahasaspanyol

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Dec 10, 2017 at 4:24pm PST


Sementara itu, hubungan antara Aliff dan Nur Sajat terus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila video menyaksikan pengasas D’herb itu memarahi  jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline-nya “Jangan mengata” berkenaan menjadi tular di laman sosial.

Walaupun kapsyen kedua-dua pengasas tersebut menunjukkan mereka sedang bermasam muka, namun ramai yang beranggapan ia hanyalah sekadar gimik bagi melariskan muzik video yang diarahkan oleh Yusri KRU tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: abang nak teguraliff syukripencuri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Aduan Penjualan Susu Rumusan Tiruan

Next Post

Robot Mudahkan Kerja Petani Di Kebun

Related Posts

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

09/06/2023
0

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan surau di sekitar daerah Sabah Bernam di...

Aliff Syukri Mohon Maaf

26/04/2022
0

CYBERJAYA : Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video muziknya sebelum...

Next Post

Robot Mudahkan Kerja Petani Di Kebun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd