Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Hadiah Esei Bukti Kit...

HADIAH wang tunai untuk pertandingan menulis artikel terbaik mendedahkan fakta berkenaan Lim Kit...

Tian Chua, Sila Jawab...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Anggota Parlimen Batu,...

DBKL Berjaya Kurangkan 50...

KUALA LUMPUR - Hampir 50 peratus iklan haram di sekitar ibu negara berjaya...

Bekas Tukang Masak Dituduh...

KUCHING - Seorang bekas tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 3...

Demi ‘Abang Nak Tegur’, Aliff Rugi Cecah Jutaan Ringgit

BAGI yang mengikuti perkembangan pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti sudah tahu beliau kini sedang berada di Sepanyol bagi menjalani penggambaran video klip, Abang Nak Tegur.

Namun, baru-baru ini Aliff mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit apabila beg sandang miliknya telah dicuri oleh seorang individu yang tidak dikenali sewaktu keberadaan beliau di sana.

Aliff berkata, ketika kejadian berlaku dia sama sekali tidak sedar akan kehilangan barang tersebut ekoran sedang sibuk menjalani latihan untuk klip muzik video berkenaan.

Jelasnya lagi selain daripada wang tunai berjumlah hampir RM20,000, individu berkenaan turut melarikan jam tangan berjenama Cartier milik Aliff yang bernilai lebih daripada RM100,000.

“Jangan salah tafsir pasal report saya yang saya post sebelum ni… Saya tak nak terangkan di sana sebab saya bad mood. Hari ini saya terangkan perkara sebenarnya.

“Ada tak sesiapa yang kenal mamat dalam bulatan merah ini? Ini adalah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Spain (Sepanyol). Dia rembat beg sandang Salvatore Ferragamo saya masa saya tengah leka training.

So, lesap la cash yang saya bawa 4,000 euro, kad kredit, IC saya, jam Cartier 100l++. Tapi saya gigihkan juga sebab demi nak siapkan mtv hanya Allah sahaja yang tahu dugaan saya yang saya tak share. #abangnaktegur saya teruskan juga,” jelas beliau menerusi posting terbaru di Instagram miliknya.


Dalam pada itu, Aliff turut memuat naik satu foto memaparkan laporan mengenai kejadian tragis berkenaan di laman Instagram dalam satu posting yang berlainan sebelum ini.

momori pahit yg akan dikenang😓😓😓😓😓😓😓😓 #bahasaspanyol

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Sementara itu, hubungan antara Aliff dan Nur Sajat terus menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila video menyaksikan pengasas D’herb itu memarahi  jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline-nya “Jangan mengata” berkenaan menjadi tular di laman sosial.

Walaupun kapsyen kedua-dua pengasas tersebut menunjukkan mereka sedang bermasam muka, namun ramai yang beranggapan ia hanyalah sekadar gimik bagi melariskan muzik video yang diarahkan oleh Yusri KRU tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori