• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Delegasi EU Puji Pindaan RUU Dadah Berbahaya 2017

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan meminda Rang Undang-Undang (RUU) Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 menerima pujian daripada delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dan wakil negara anggota EU, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mengambil bahagian dalam perbahasan serta menyatakan komitmen mereka sepanjang mesyuarat penggal kelima Parlimen ke-13 dalam meluluskan 45 RUU.

“Sidang Dewan Negara ditangguhkan semalam dengan meluluskan 13 RUU setelah bersidang selama 10 hari menjadikan RUU yang diluluskan adalah sebanyak 45 RUU bagi mesyuarat kali ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tiga belas RUU yang dilulus Dewan Negara meliputi RUU Perbekalan 2018, RUU Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) (Pindaan) 2017, RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) (Pindaan) 2017, RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017 dan RUU Kewangan (No.2) 2017.

Turut diluluskan ialah RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017, RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017, RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 dan RUU Timbang Tara (Pindaan) 2017.

Sidang Dewan Negara juga meluluskan RUU Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017, RUU Pusat Jagaan (Pindaan) 2017, RUU Industri Pelancongan (Pindaan) 2017, RUU Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017.

Azalina berkata antara RUU yang menjadi keutamaan pada persidangan berkenaan ialah RUU Perbekalan 2018 manakala RUU lain yang mendapat perhatian rakyat sepanjang tahun ini ialah RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 dan RUU Cukai Pelancongan 2017.

“Sesungguhnya, kesemua RUU yang digubal oleh kerajaan adalah bagi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Seri Azalina Othman SaidPindaan RUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd