• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Serahkan Laporan Penyata Tahunan Kepada RoS

oleh Ahmad Albab
07/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – DAP hari ini menyerahkan laporan lengkap penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas mengadakan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) menerusi kongres khas pada 12 Nov lalu.

Selain itu, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke turut menyerahkan dua Penyata Kira-kira bagi tahun tutup 31 Dis 2015, dua salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2017 dan tiga salinan senarai nama ahli-ahli CEC bagi tahun 2017 kepada wakil RoS, selain laporan auditor diserahkan pada 27 Nov lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Loke berkata penyerahan dokumen-dokumen ini merupakan proses lengkap selepas pemilihan diadakan seperti yang diarahkan RoS, dan berharap jabatan itu akan berpuas hati serta mengembalikan status DAP secara biasa secepat mungkin.

“Beberapa aduan yang dikemukakan oleh ahli-ahli DAP yang menggesa RoS menyiasat pemilihan semula CEC adalah tidak berasas kerana pemilihan itu mengikut undang-undang dan syor yang dikemukakan RoS,” katanya.

Antara aduan adalah kertas undi tidak mempunyai nombor siri dan senarai perwakilan tidak dikemas kini.

Mengenai cadangan Pakatan Harapan yang sepakat melantik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim, Loke berkata DAP masih memilih bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri interim sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum ke-14. – BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd