• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Bantuan Persekolahan Mula Diagih

oleh Ahmad Albab
02/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Dana Bantuan Persekolahan Terengganu bagi sesi 2018 akan mula diagihkan kepada pelajar yang layak pada pertengahan bulan ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya permohonan dalam talian telah pun ditutup dan proses saringan pelajar dibuat oleh jawatankuasa di peringkat pejabat daerah bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan dana tersebut.

“Jumlah dana memang meningkat setiap tahun dan diharap bantuan dana ini dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan kerana kita sedia maklum persiapan untuk memasuki penggal persekolahan yang baharu juga adalah kos,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di sini hari ini.

Pada tahun ini, kerajaan negeri meningkatkan peruntukan untuk dana itu kepada hampir RM14 juta bagi menampung keperluan lebih 120,000 pelajar yang layak.

Pada tahun lepas, sebanyak RM10.9 juta diperuntukkan untuk 109,880 pelajar bagi sesi persekolahan 2017 manakala RM10.4 juta (2016), RM10.1 juta (2015) dan RM9.4 juta (2014).

​​​​​​​Ahmad Razif berkata pada tahun ini juga kerajaan negeri meningkatkan syarat kelayakan permohonan iaitu pendapatan keluarga RM2,500 ke bawah berbanding RM2,000 sebelum ini.

“Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan dana persekolahan ini RM100 dan kita menetapkan maksimum dua pelajar untuk setiap keluarga.

“Bantuan yang diberi kerajaan negeri ini membuktikan keprihatinan terhadap bidang pendidikan agak anak-anak keluarga kurang berkemampuan ini dapat memasuki sesi persekolahan baharu dengan pakaian lengkap sama seperti anak yang lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bantuan PersekolahanDana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

Empat Institusi Zakat Tampil Nafi Ada Kaitan Dengan NGO Disiasat SPRM

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sejak semalam beberapa institusi zakat di Malaysia tampil menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd