• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Stadium Manjung Tak Selamat Tak Tepat

oleh AK-47
17/12/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Dakwaan Stadium Manjung di sini tidak selamat digunakan adalah tidak benar, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata stadium itu kini sedang dalam proses baik pulih dan menaik taraf dengan tambahan kapasiti penonton dari 5,000 hingga 12,000 bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) tahun hadapan.

“Setakat ini ia mengikut jadual dan tidak berlaku kelewatan bagi membaiki prasarana dan fasiliti sedia ada untuk menghadapi Sukma 2018,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang menyatakan Stadium Manjung tidak selamat pada Rabu lalu.

Stadium Manjung dijadualkan siap sepenuhnya Januari 2018 dan akan digunakan sebagai venue utama pada kejohanan Sukma yang akan diadakan September tahun hadapan.

Sementara itu, Zambry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor meminta ketua masyarakat atau pihak terlibat supaya lebih telus dalam memastikan kesemua bantuan persekolahan sampai ke golongan yang memerlukan.

Pada program tersebut, 600 pelajar di sekitar Pangkor menerima sumbangan pakaian seragam serta barang kelengkapan persekolahan daripada PLUS Malaysia Berhad (Plus).

Sementara itu, Pengarah Urusan Plus Datuk Azman Ismail berkata pihaknya sedang meningkatkan kawalan dengan menambah anggota Plus di kawasan tertentu bagi memastikan faktor keselamatan dalam keadaan terbaik.

Kesesakan trafik yang mendadak ketika musim cuti persekolahan berbeza dengan cuti perayaan yang tidak membenarkan kenderaan berat menggunakan jalan raya.

“Kita akan pastikan pasukan peronda dan kecemasan dapat bertindak balas dengan secepat mungkin jika berlaku sesuatu kemalangan di laluan terlibat supaya tidak berlaku kesesakan trafik yang teruk,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dikehendaki Kemuka Kenyataan Bela Diri

Next Post

Felda Hantar Petisyen Bantah EU Sekat Minyak Sawit

Related Posts

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

Kadar Air Di Pulau Pinang Dikawal Kerajaan Persekutuan

Sekatan Terhadap Penceramah Asing Pro-Zionis Demi Keselamatan, Imej Negara – Zambry

26/04/2024
0

Putrajaya: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka....

Next Post

Felda Hantar Petisyen Bantah EU Sekat Minyak Sawit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd