• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Hantar Petisyen Bantah EU Sekat Minyak Sawit

oleh AK-47
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menghantar petisyen kepada pihak Kesatuan Eropah (EU) bagi membantah cadangan blok itu mengenakan sekatan terhadap minyak sawit Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata FELDA akan mengumpul tandatangan kira-kira 100,000 peneroka dan menyerahkannya kepada pejabat EU di Kuala Lumpur sebelum pertengahan tahun hadapan.

Sambil menegaskan pihaknya memandang serius perkara itu, beliau berkata tindakan segera perlu diambil kerana ia boleh menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil tempatan.

“Kita akan sampaikan kepada mereka (EU) bahawa pemain industri kelapa sawit di negara ini tidak hanya melibatkan syarikat perladangan besar tetapi juga pekebun kecil yang bergantung dengan hasil kelapa sawit.

“Malah kita telah berbincang dengan pihak Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) untuk menangani isu yang boleh mengancam (pendapatan) pekebun-pekebun kecil,” kata beliau kepada pemberita selepas Program ‘Kembali Ke Sekolah’ Parlimen Johor Bahru, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan EU yang mencadangkan sekatan minyak sawit Malaysia atas alasan ia boleh menjejaskan kesihatan serta mencemarkan kelestarian alam.

Shahrir turut menyelar tindakan segelintir pengeluar produk makanan Eropah meletakkan label “tidak mengandungi minyak sawit” yang disifatkannya sebagai tidak wajar kerana memberi imej buruk terhadap hasil komoditi itu.

“Kita perlu memperbetulkan persepsi masyarakat di Eropah mengenai minyak sawit sedangkan hakikatnya ia lebih baik berbanding minyak sayuran lain.

“Kalau boleh, kita (juga harus) cuba boikot barangan seperti bahan makanan Eropah terutamanya syarikat pengeluar yang memberi label (memburukkan minyak sawit) sedemikian,” katanya.

Baru-baru ini, satu resolusi tidak terikat Parlimen Eropah telah mencadangkan supaya pihak eksekutif blok itu mempergiatkan usaha larangan pembasmian hutan yang didakwa disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit.

Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 80 peratus kepada pengeluaran minyak sawit dunia ketika ini dan EU merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia dengan menyumbang kira-kira 13 peratus penghantaran minyak dan produk berasaskan sawit pada 2016. – BERNAMA

Tags: minyak sawitTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dakwaan Stadium Manjung Tak Selamat Tak Tepat

Next Post

Remaja Mati Dipukul Kerana Curi Wang Datuknya

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

Next Post

Remaja Mati Dipukul Kerana Curi Wang Datuknya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd