• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Sejuk Melampau Bakal Melanda Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Rakyat Saudi sekarang ini perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang cuaca paling sejuk di negara itu.

Dipanggil “Bard Al-Ansaf”, ia dijangka mencapai kemuncaknya atau mencecah suhu sejuk terendah pada hari ini dan esok – menurut pakar-pakar seperti yang dipetik oleh laman Saudi Gazette.

“Dalam tempoh ini suhu akan jatuh sehingga tujuh darjah Celsius di kebanyakan daerah di Arab Saudi manakala sebahagian daerah di bahagian utara akan mengalami suhu di bawah sifar,” kata seorang pakar cuaca.

Seorang jurucakap Penguasa Utama Meteorologi dan Perlindungan Sekitaran mengecualikan kemungkinan turunnya salji semasa musim sejuk dahsyat ini.

“Ramalan cuaca menunjukkan bahawa semua daerah di Saudi akan dilanda deruan angin sejuk yang dahsyat dengan suhu menjunam dan daerah bahagian utara pula mengalami suhu di bawah sifar,” kata beliau.

Seorang Profesor Geografi di Universiti Qassim, Dr. Abdullah Al-Musnad, berkata Saudi sudah memasuki tempoh “Bard Al-Ansaf”, di mana cuasa sejuk berada pada kemuncaknya.

Beliau berkata suhu akan menjunam di bahagian utara manakala deruan angin sejuk secara tiba-tiba akan melanda bahagian tengah dan timur mulai semalam.

“Deruan angin sejuk itu akan mencecah paras paling dahsyat hari ini dan esok,” kata Dr. Abdullah kepada akhbar Al-Hayat Arabic.

Meskipun pakar cuaca mengatakan semua daerah di Saudi akan dibelenggu cuaca sejuk yang mencecah paras bawah tujuh darjah Celsius, suhu dari satu daerah ke daerah lain tidak banyak berbeza, lapor Saudi Gazette.

Suhu akan terus turun pada sebelah malam dengan musim sejuk mencecah puncaknya dalam tempoh dua minggu mendatang disebabkan angin sejuk yang bertiup dari padang pasir Siberia, menurut Dr. Abdullah lagi.

“Terdapat angin kencang dalam tempoh 72 jam mendatang menyebabkan kadar penglihatan menjadi kurang jelas di lebuh raya disebabkan oleh kumpulan udara sejuk dari lembangan timur Laut Mediterranean sekali dengan aliran udara panas dari Laut Merah,” jelas beliau. – Agensi

Tags: Arab Saudisalji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

7 Pendaki Maut Ditimpa Runtuhan Salji di Nepal, Empat Masih Hilang

7 Pendaki Maut Ditimpa Runtuhan Salji di Nepal, Empat Masih Hilang

04/11/2025
0

7 Pendaki Maut Ditimpa Runtuhan Salji di Nepal 04 November 2025 Oleh: Mynewshub KATHMANDU – Sekurang-kurangnya tujuh pendaki dilaporkan maut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd